Lian Emas's Status : Selalu Merindu dan DiRindui

merepek nya 7ekar bunga ini

Dalam hati ada 7ekar taman bunga namun tidak sekuntum bunga pun yg ada didalam nya. Pernah ku terjumpa sekuntum bunga pada tahun 2008, ku mula tanam siram dan baja dari 2010.. Telah pun mekar si bunga telah ku awasi tidak seekor kumbang mendekati nya. Ku belai ku cium ke menyaksikan keindahan taman ini. Namun disebabkan kebodohan diri ini, bunga yg telah mekar harum mewangi ini dipetik orang akhirnya. 

Bunga yg cntik lagi mewangi memikat hati org ditaman, tidak aku salahkan mereka yg memetik, kerana bunga kan mekar tidak layu jika disiram dibaja dan tak tersentuh org andai bijak menjaganya. Kini 7ekar taman dihati kembali kosong tanpa harumnya bunga, namun begitu ia sering diwarna pelangi dan dihiasi rumput dan dedauan yg hijau.

Pabila dikenangkan kembali, mungkin sibunga tidak sesuai dgn tanah ditaman ini. Telah aku ganti tanah ini dgn tanah terbaik sekali, dimana tak dikau temui walau ke hujung dunia kau mencari. Niat dihati ingin tanam bebunga lain, andainya sesudah mekar sibunga ini, bunga yg pernah mekar ketika dahulu dipulang kembali,bunga manakah kan kupilih dimanakah kan ku letak nya bebunga inii.

Aku sedar tidak ada kebijaksaan aku menyusun bebunga ditaman agar indah kelihatannya, ku juga sedar tidak ada kecerdikkan diri ini utk memiliki cantik nya bunga seperti ini. Biarlah aku menanti sibunga dahulu mekar disini, agar dapat ku tebus kesilapan dulu dgn peluang kedua diberi ini. Atau aku biarkan saja taman ini kosong menjadi lambang kesetian pada bunga yg satu. 

Sekali Nama Mu TerUkir,SelamaNya TakKan TerUsir.

*akibat kurangnya tidur.
LianEmas.SAP ASP.
TS-PhotoPetik